Jumaat, 3 March 2017 | 12:42pm

C&C Cheras kini Dibuka

KUALA LUMPUR: Cycle & Carriage Bintang Bhd (C&C), pengedar rasmi Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) melancarkan cawangan pusat servis, jualan dan alat ganti (3S) baharunya, Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Cheras Autohaus (C&C Cheras).

Pembukaan pusat 3S bernilai RM16 juta terletak berdepan Jalan Cheras itu adalah sebahagian daripada pelaburan RM155 juta Cycle & Carriage Bintang bagi zon tengah Malaysia.

Kemudahan dengan keluasan 48,642 kaki persegi itu menempatkan ruang pameran C&C Cheras yang mampu menampung sehingga 15 kereta dan tujuh ruang servis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner, berkata kemudahan 3S lengkap itu diuruskan oleh 40 jurujual serta kakitangan perkhidmatan teknikal dan alat ganti berpengalaman.

"Dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan selaku peneraju jualan segmen kenderaan premium, syarikat terus menumpukan perhatian dan minat untuk meningkatkan pengalaman selepas jualan pelanggan," katanya ketika melancarkan C&C Cheras di sini, hari ini.

Berita Harian X