Rabu, 1 March 2017 | 8:07am

Harga minyak susut

NEW YORK: Harga minyak susut pagi ini dan didagangkan dalam jajaran sempit disebabkan kebimbangan berhubung peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Simpanan minyak mentah AS meningkat untuk minggu ketujuh berturut-turut.

Ramalan bagi satu lagi peningkatan mingguan sebanyak 3.1 juta tong, menambah kebimbangan bahawa pertumbuhan permintaan berkemungkinan tidak mencukupi untuk mengimbangi lebihan bekalan global.

West Texas Intermediate (WTI) ditutup 4 cent lebih rendah atau 0.1 peratus, pada AS$54.01 setong.

Penanda aras Brent pula susut 34 cent, atau 0.6 peratus, kepada AS$55.59 setong.

Bagi bulan ini, Brent hanya mencatat perubahan kecil, manakala WTI mencatat kenaikan bulanan sedikit di atas dua peratus. - Reuters

Berita Harian X