Khamis, 23 Februari 2017 | 9:52am

Tambang rendah jejas untung Qantas

KETUA Eksekutif Qantas Airways, Alan Joyce. - Foto AFP
KETUA Eksekutif Qantas Airways, Alan Joyce. - Foto AFP

SYDNEY: Pendapatan separuh pertama syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways terjejas disebabkan penawaran tambang rendah dan kekosongan tempat duduk.

Keuntungan sebelum cukai syarikat itu susut kepada Aus$852 juta (RM2.9 bilion) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember.

Ia lebih rendah berbanding untung sebelum cukai Aus$921 juta (RM3.15 bilion) yang dicatatkan pada tempoh sama tahun 2015.

Pendapatan juga susut kepada Aus$8.18 bilion (RM27.97 bilion), 3.3 peratus lebih rendah berbanding separuh pertama tahun lalu.

Qantas yang beralih kepada langkah pengurangan kos secara agresif beberapa tahun lalu berkata, syarikat itu berdepan banyak persaingan dari segi laluan antarabangsa.

"Pasaran antarabangsa menjadi sukar disebabkan pertumbuhan kapasiti dan tambang rendah," kata Ketua Eksekutifnya, Alan Joyce.

"Qantas International tidak terkecuali dengan tekanan ini. Langkah kami menghapuskan kos sudah dilaksanakan dan ia menjadikan perniagaan lebih cekap di mana ia bermakna Qantas International mengatasi rakan-rakan lain di rantau ini," tambahnya.

- AFP

Berita Harian X