Selasa, 21 Februari 2017 | 1:26pm

KFC Malaysia perkenal hidangan Twister

KUALA LUMPUR: KFC Malaysia memperkenalkan hidangan terbaharunya, KFC Twister, yang menawarkan dua pilihan rasa berbeza, Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister.

Menu terbaru itu ditawarkan pada masa terhad dengan hidangan kepingan Zinger rangup dibalut di dalam roti tortila bersama sos istimewa berkrim yang padat berperisa untuk dinikmati pada harga serendah RM6.50.

Angelina Villanueva. - Foto Zaen Asyraf
Angelina Villanueva. - Foto Zaen Asyraf

Pengurus Besar Kanan KFC Marketing Sdn Bhd, Angelina Villanueva, berkata hidangan promosi terkini itu disasarkan akan menyumbang lapan peratus kepada jualan keseluruhan syarikat.

Beliau berkata, hidangan promosi terkini itu diperkenalkan susulan sambutan menggalakkan daripada pengguna bagi produk keju KFC.

"Tempoh tawaran itu bermula hari ini sehingga atau jika stok masih ada. Dengan dua pilihan perisa yang menggabungkan sentuhan masam dan pedas selain rasa keju asli, kami yakin ia mampu menarik minat pelanggan KFC," katanya selepas pelancaran 'KFC Twister' di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Villanueva berkata, bagi pelanggan yang mahu menikmati kedua produk ini, KFC menawarkan kombo Double Twister dan setiap hidangan kombo didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman berkarbonat.

Berita Harian X