Isnin, 13 Februari 2017 | 10:11am

Brent didagang lebih rendah

SINGAPURA: Harga minyak menjunam semalam susulan petunjuk pasaran minyak global kekal dalam lebihan walaupun langkah pengeluaran diterajui OPEC mula membuahkan hasil melangkaui jangkaan peniaga.

Dagangan hadapan Brent berada pada AS$56.55 setong pada 0035 GMT, turun 15 cent daripada paras penutup terakhirnya.

Dagangan hadapan minyak mentah WTI pula turun 12 cent kepada AS$53.74 setong.

Negara OPEC dan pengeluar bukan-OPEC termasuk Russia bersetuju untuk mengurangkan hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) pada separuh tahun pertama 2017 dalam usaha membendung limpahan bekalan minyak dunia.

Walaupun berdepan dengan suara sakarstik skeptikal pasaran yang menganggapnya hanya janji kosong, angka terbaharu yang diumumkan agensi global berkaitan industri itu turut menepati jangkaan pengurangan sekitar 90 peratus.

"Peniaga kini menunggu dengan penuh minat data laporan bulanan OPEC untuk kepastian. Jika pengurangan pengeluaran berada seperti yang disarankan kita mungkin akan melihat harga minyak ditolak lebih tinggi nanti," kata Bank ANZ pada Isnin.

Walaupun peniaga menjangkakan minyak mentah disokong untuk didagangkan lebih rendah kepada pertengahan-AS$50 setong susulan langkah pengurangan itu, mereka tetap berhati-hati menyebabkan harga terhad daripada mencatatkan kenaikan lanjutan melainkan pengurangan berterusan dilakukan untuk tempoh jangka panjang. - Reuters

Berita Harian X