Selasa, 31 Januari 2017 | 9:33pm

Harga global minyak stabil

LONDON: Harga minyak agak stabil hari ini berikutan peningkatan aktiviti penggerudian minyak Amerika Syarikat (AS), melemahkan usaha Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran bagi mengimbangi pasaran.

Minyak mentah Brent naik 10 sen setong pada AS$55.33 oleh 1155 GMT, manakala minyak mentah AS turun 10 sen setong pada AS$52.53.

Kedua-dua penanda aras itu diniagakan dalam julat agak sempit dalam tempoh dua bulan lalu, sejak OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran hampir 1.8 tong sehari (bpd), dalam usaha mengurangkan lebihan global.

Pengeluaran minyak OPEC jatuh lebih daripada satu juta bpd bulan ini, berdasarkan tinjauan Reuters hari ini.

Pengeluaran minyak syal AS beransur meningkat, membantu meningkatkan harga bahan bakar itu.

Brent menghampiri AS$55 setong dan minyak mentah AS sekitar AS$52.50, bulan ini. - Reuters

Berita Harian X