Khamis, 26 Januari 2017 | 10:08am

Ringgit lebih mengukuh pada awal dagangan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal pagi ini, berikutan kebimbangan berterusan berhubung dasar fiskal Presiden Donald Trump terus memberi tekanan kepada dolar.

Pada 9.12 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4260/4310 berbanding dolar AS, berbanding 4.4370/4400 penutup semalam.

Pedagang berkata, pengukuhan ringgit sejajar prestasi mata wang Asia.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama dunia.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1317/1357 daripada 3.1271/1296 semalam dan susut berbanding pound British kepada 5.5936/6030 daripada 5.5844/5900.

Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.7619/7691 daripada 4.7693/7734 dan mendatar berbanding yen kepada 3.9068/9122 daripada 3.9068/9105. - BERNAMA

Berita Harian X