Isnin, 23 Januari 2017 | 10:24am

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi, pagi ini berbanding dolar AS, susulan peningkatan harga minyak global.

Pada 9.21 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4420/4470 berbanding dolar AS, lebih tinggi berbanding penutup 4.4450/4480 pada Jumaat.

Peniaga berkata, penanda aras minyak mentah Brent menokok lapan cent kepada AS$55.57 satu tong pada 8.16 pagi, berikutan kenyataan pengeluar minyak bahawa pengurangan pengeluaran dilaksanakan mengikut jadual.

"Ini membantu menaikkan sentimen pasaran dan meningkatkan permintaan bagi ringgit," katanya.

Sementara itu, Naib Presdien ForexTime Market Research, Jameel Ahmad, berkata impak sebenar pelantikan Donald Trump kepada pasaran kewangan hanya akan diketahui sedikit masa lagi.

"Pelabur menunggu pencerahan berhubung bagaimana presiden baharu dilantik itu akan melaksanakan janji sewaktu berkempen sebelum memutuskan kedudukan strategi berikutnya" katanya.

Selain itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1286/1324 daripada 3.1112/1135 Jumaat minggu lalu, dan susut berbanding yen kepada 3.9027/9074 daripada 3.8619/8648.

Ringgit juga lebih rendah berbanding pound British kepada 5.5019/5107 daripada 5.4625/4679 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.7649/7721 daripada 4.7321/7358. - BERNAMA

Berita Harian X