Jumaat, 13 Januari 2017 | 10:18am

Brent meningkat AS$56.11 setong hari ini

SINGAPURA: Harga minyak kekal kukuh pada Jumaat disokong laporan mengenai butiran pemotongan pengeluaran OPEC, walaupun keraguan berhubung pematuhan pengeluar masih wujud dengan sasaran pengurangan bekalan mengimbangi pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$53.01 setong pada 0052 GMT, tidak berubah daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan 1.8 peratus lebih tinggi kepada AS$56.11 setong.

Peniaga berkata, harga minyak mentah menerima sedikit sokongan daripada kenyataan pengeksport utama, Arab Saudi bahawa pengeluaran susut di bawah 10 juta tong sehari (bpd), paras yang dicapai pada Februari 2015.

Ia bermakna negara berkenaan sudah mengurangkan lebih 486,000 bpd seperti yang dipersetujui pada akhir tahun lalu di bawah perjanjian global bagi mengurangkan pengeluaran dan mengekang kejatuhan dalam harga. - REUTERS

Berita Harian X