Selasa, 27 Disember 2016 | 2:35pm

Saham KL akhiri sesi pagi bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan lembap dan kurang pemangkin.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.11 mata kepada 1,618.26 daripada 1,617.15 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 1.33 mata lebih tinggi pada 1,618.48 dan bergerak antara 1,616.69 dan 1,621.06 sepanjang sesi pagi.

Di pasaran, saham rugi mengatasi saham untung pada 291 berbanding manakala 319 kaunter tidak berubah, 902 tidak diniagakan manakala 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 539.56 juta saham, bernilai RM394.96 juta.

Menurut Kenanga Research, pasaran dijangka mengalami penurunan ketika minggu terakhir dagangan 2016, dengan kebanyakan pelabur berkemungkinan tidak berada di pasaran kerana bercuti.

Bagaimanapun firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya tidak menolak kemungkinan akan berlaku aktiviti kegiatan memperelok akaun pada akhir tahun secara sederhana.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM7.75, Public Bank menokok dua sen kepada RM19.70, Sime Darby naik enam sen kepada RM8.09, TNB kekal pada RM13.66, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare turun satu sen setiap satu, masing-masing kepada RM6.89 dan RM6.33.

Antara saham aktif, Borneo Oil menokok setengah sen kepada 18.5 sen, Perisai Petroleum meningkat 1.5 sen kepada 6.5 sen, Hibiscus Petroleum menambah satu sen kepada 37.5 sen dan MQ Technology merosot setengah sen kepada 4.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 8.75 mata kepada 11,325.05, Indeks FBMT100 menambah 9.52 mata kepada 11,046.73, dan Indeks FBM Emas naik 13.0 mata kepada 11,904.57.

FBM 70 bertambah 18.48 mata kepada 12,936.64 dan FBM Ace menokok 1.49 mata kepada 4,760.11. Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan susut 6.89 mata kepada 14,153.96, manakala Indeks Perusahaan menambah 12.56 mata kepada 3,075.31 dan Indeks Perladangan naik 9.69 mata kepada 7,676.53.

-- BERNAMA

Berita Harian X