Jumaat, 23 Disember 2016 | 11:10am

Saham Asia lemah dalam dagangan awal

SINGAPURA: Saham Asia didagangkan lemah dalam dagangan awal hari ini apabila Wall Street berehat seketika daripada kenaikan tidak henti-henti sejak Pilihan Raya Presiden AS, manakala dolar berlegar di bawah paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun awal minggu ini.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun yang menyentuh paras terendah dalam tempoh lima bulan pada Khamis, susut 0.1 peratus.

Nikkei Jepun turut jatuh 0.1 peratus, namun menyaksikan keuntungan kecil sebanyak 0.1 peratus untuk mengakhiri minggu ini.

Pasaran global kelihatan agak suram menjelang cuti umum dengan indeks MSCI World turun 0.15 peratus pada Khamis dan berubah sedikit pada awal Jumaat.

Indeks STOXX 600 Eropah turut ditutup 0.2 peratus lebih rendah pada Khamis.

Indeks dolar yang mengukur mata wang dolar AS berbanding sekumpulan mata wang utama lain, kekal pada paras 103.06.

Euro turut kekal pada awal dagangan pada AS$1.04375, selepas menyaksikan penurunan 0.2 peratus untuk minggu ini.

Sterling berubah sedikit kepada AS$1.2278. - Reuters

Berita Harian X