Jumaat, 9 Disember 2016 | 11:28am

Saham Asia tidak berubah dalam dagangan awal

TOKYO/SYDNEY: Saham Asia hampir tidak berubah ketika dibuka pada Jumaat namun berada pada landasan tepat untuk mencatat keuntungan mingguan kukuh.

Sementara itu, mata wang euro menarik nafas lega apabila Bank Pusat Eropah (ECB) mengurangkan saiz program pembelian aset dan melanjutkan ia untuk tempoh lebih lama dari jangkaan.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun bergerak hampir kepada sesi penutup sebelumnya pada sesi awal dagangan dan bersedia mencatat keuntungan mingguan sebanyak 2.2 peratus.

Indeks saham Nikkei Jepun naik 0.6 peratus, menokok 2.4 peratus minggu ini selepas dolar meningkat 0.6 peratus berbanding yen. Dolar naik 0.1 peratus kepada 114.18 yen.

Semalam, ECB berkata ia mungkin mengurangkan pembelian bon bulanan kepada STG60 bilion (RM282 bilion) daripada STG80 bilion dan akan melanjutkan pembelian sehingga Disember 2017. - Reuters

Berita Harian X