Selasa, 29 November 2016 | 12:05pm

Turner International perunding projek Sime Darby Property

KUALA LUMPUR: Turner International, syarikat perkhidmatan pembinaan antarabangsa terkemuka, dilantik sebagai perunding pengurusan projek dan pembinaan bagi reka bentuk, kualiti dan penyerahan projek pembangunan pencakar langit Sime Darby Property.

Antara perkhidmatan yang akan disediakan Turner International termasuk pengurusan reka bentuk dan kejuruteraan, pengurusan pembinaan, keselamatan, kualiti, perancangan dan kawalan.

Turner International akan terbabit dalam projek Cantara Residence di Ara Damansara dan Quarza Residence.

Majlis pemeteraian pelantikan itu diadakan di Galeri Jualan ALYA Kuala Lumpur di Bukit Kiara di sini, sebentar tadi.

Sime Darby Property diwakili Ketua Pegawai Operasi Datuk Wan Hashimi Albakri manakala Turner International diwakili Naib Presiden merangkap Pengarah Serantau (Asia Tenggara), Michael Doring.

Hadir sama Pengarah Sime Darby Property, Datuk Johan Ariffin dan Pengarah Urusannya, Datuk Ir Jauhari Hamidi.

Turner International juga akan terbabit dalam pembangunan Jendela di AYLA Kuala Lumpur, pembangunan 565 unit pangsapuri khidmat dan 27 unit peruncitan.

Berita Harian X