Rabu, 23 November 2016 | 2:33pm

Bursa Malaysia diniaga rendah tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal dalam lingkungan negatif setakat tengah hari ini dengan aktiviti jualan di kaunter-kaunter wajaran tinggi pada tengah hari ini, diterajui kaunter dagangan dan perkhidmatan, serta kewangan.

Pada pukul 12.31 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,624.34 mata, susut 4.98 mata berbanding 1,629.32 semasa ditutup semalam.

Selepas dibuka 1.98 mata lebih tinggi pada 1,631.3 pagi ini, indeks bergerak antara 1,622.49 dan 1,631.67 mata.

Saham rugi dalam indeks utama ialah TNB, yang turun lapan sen kepada RM14.12, Genting Bhd, yang merosot 13 sen kepada RM8.03, Maxis, jatuh lima sen kepada RM5.79, Maybank, berkurangan satu sen kepada RM7.68, manakala RHB Bank menyusut enam sen kepada RM4.64.

Di pasaran, saham rugi mengatasi untung pada 503 berbanding 180 dengan 279 kaunter tidak berubah, 761 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 939.45 juta saham bernilai RM771.01 juta.

Antara saham rugi, BAT turun 96 sen kepada RM44.04, DKSH susut 75 sen kepada RM5.4 dan Kossan merosot 28 sen kepada RM6.61.

Bagi saham aktif, FGV turun 14 sen kepada RM1.55, AirAsia X merosot setengah sen kepada 39.5 sen, Vivocom menambah setengah sen kepada 18 sen, dan RGB susut 1.5 sen kepada 24 sen.

Indeks FBM Emas turun 53.05 mata kepada 11,424.23, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 54.98 mata kepada 12,022.57 dan FBM Ace merosot 29.74 mata kepada 4,987.49.

Indeks FBMT100 kurang 49.38 mata kepada 11,137.79 dan FBM 70 turun 113.87 mata kepada 13,223.79.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut sedikit sebanyak 0.37 mata kepada 3,070.44 dan Indeks Kewangan berkurangan 36.6 mata kepada 14,125.90.

Indeks Perladangan turun 14.31 mata kepada 7,689.46. - BERNAMA

Berita Harian X