Jumaat, 11 November 2016 | 7:04pm

Antara faktor kejatuhan ringgit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Secara keseluruhannya, asas ringgit masih kukuh walaupun susut sedikit pada 10 pagi tadi berikutan berita pengeluaran minyak oleh Amerika Syarikat (AS).

Pada 10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.5375 berbanding dolar AS daripada 4.2670 pada pembukaan hari ini, namun mengukuh semula kepada 4.3745 pada 11.21 pagi.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.2800/2900 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2790 pada Khamis.

Berikut adalah antara faktor penyusutan ringgit berbanding dolar AS:

1. Hasil perbendaharaan tertinggi Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 10 tahun - Modal mengalir semula ke negara itu untuk mendapatkan hasil yang lebih tinggi

2. Dasar bakal AS Presiden Donald Trump membatalkan kawal selia sektor minyak dan gas asli di AS. Ia akan menyebabkan kos penggerudian lebih murah dan membuatkan AS menghasilkan lebih banyak minyak untuk lebih berdikari. Ketika ini, 15 peratus bekalan minyak mentah AS diimport. Jika AS meningkatkan pengeluaran minyak, kemungkinan lebihan bekalan berlaku dan memperlahankan kenaikan harga. Harga minyak yang rendah bermaksud Malaysia akan terjejas apabila Bajet 2017 yang dibentang pada 21 Oktober lalu berdasarkan harga minyak AS$45 (RM193.17) satu tong.

3. Malaysia juga baru-baru ini mengurangkan kadar faedah untuk membantu merangsang aktiviti ekonomi, seterusnya memberi kesan kepada aliran keluar modal.

4. Pegangan asing dalam bon kerajaan adalah tinggi dengan beberapa tempoh matang yang semakin hampir dan pelabur mungkin tidak mempertimbangkan untuk melabur semula dalam Malaysia.

Gabungan punca:

i) Penjualan besar-besaran dalam bon oleh warga asing melemahkan pasaran bon. Ketika ini, pelabur asing memegang 36 peratus jumlah bon dan lebih 50 peratus dalam MGS

ii) Sebanyak RM11 bilion bon kerajaan akan matang pada 15 November

iii) Malaysia mungkin akan kerugian jika TPPA yang dicadangkan oleh Barrack Obama ditolak oleh Trump

iv) Jaringan tertutup antara Malaysia-China akan menyaksikan kesan negatif daripada dasar baharu oleh Trump terhadap China

v) Jangkaan penghantaraan balik dana AS berdasarkan prestasi perbelanjaan fiskal di negara itu dan dasar perdagangan luar negara baharu Trump

vi) Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada tahun depan jika Trump memulakan agenda pertumbuhan ekonomi.

Berita Harian X