Jumaat, 11 November 2016 | 4:19pm

Pasaran kewangan Asia Tenggara menjunam

JAKARTA: Pasaran kewangan Asia Tenggara menjunam dalam dagangan tengah hari ini selepas kejutan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), mula mencetuskan kesan polemik seluruh dunia.

Bank Pusat Malaysia dan Indonesia mula campur tangan untuk mengawal aliran keluar tunai daripada pasaran saham serta bonnya.

Aktiviti jualan terbaharu dicetuskan daripada penetapan semula pasaran menepati jangkaan kemenangan Trump akan membawa bersama dasar ekonomi yang akan menaikkan kadar faedah AS. Ini mendorong memacu pelabur keluar daripada pasaran baharu muncul untuk beralih ke aset berasaskan dolar.

Hasil perbendaharaan bagi nota 10 tahun melonjak 41 mata asas dalam tempoh dua hari apabila pelabur tergesa-gesa menukar arah mereka menyertai gelombang itu.

Pasaran baharu muncul Asia pula terlalu rapuh dengan aliran keluar tunai yang melampau dan ketidaktentuan yang semakin membimbangkan mengenai sejauh mana dasar AS dan antarabangsanya dipacu di bawah kepimpinan Trump.

Dalam dagangan Asia tengah hari ini, perbezaan antara kadar luar terhadap ringgit Malaysia dan kadar NDF mencecah paras paling luasnya sejak 2009. Ringgit NDF menjunam kepada 4.5280 satu dolar berbanding paras ringgit pada 4.2670.

Hasilnya, NDF dolar/ringgit premium melangkaui paras dolar/ringgit yang meluas kepada 0.2610, jurang paling lebar dicapai sejak April 2008, berdasarkan data Reuters.

Kelemahan kadar itu membayangi apa yang berlaku di peringkat Asia apabila Bank Negara Malaysia bertindak menenangkan pasaran daripada panik, kata peniaga.

Bagaimanapun, hasil bon kerajaan Malaysia memberikan kisah berlainan, apabila hasil perbendaharaan bagi 10 tahun meningkat 22 mata asas sejak Rabu lalu, manakala bagi bon tempoh 20 tahun dan 30 tahun turut meningkat 21 mata asas serta 10 mata asas dalam tempoh sama.

Perlu diingatkan hampir 40 peratus bon kerajaan Malaysia adalah dipegang pelabur luar.

Saham Malaysia pula turun hampir satu peratus. - Reuters

Berita Harian X