Isnin, 19 September 2016 | 10:33am
RINGGIT dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini berikutan kekurangan permintaan mata wang domestik. - Foto hiasan
RINGGIT dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini berikutan kekurangan permintaan mata wang domestik. - Foto hiasan

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini berikutan kekurangan permintaan mata wang domestik.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1385/1435 berbanding dolar 4.1340/1400 pada Khamis.

Pasaran tukaran mata wang asing tempatan mengalami minggu penyusutan, minggu lalu dengan sambutan Aidiladha pada Isnin serta Hari Malaysia pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, harga minyak seolah-olah pulih hari ini selepas perbincangan OPEC mengenai pengeluaran untuk menstabilkan pasaran.

"Pengukuhan minyak mentah boleh mengurangkan kelemahan ringgit untuk menghadapi dolar yang boleh memberi nafas baharu minggu ini berikutan Fed AS dijangka mengadakan mesyuarat dasar kewangan.

"Pengumuman terkini mengenai kadar faedah dari Fed dijangka diumumkan dalam mesyuarat itu," tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0285/0324 dari 3.0259/0325 pada Khamis dan jatuh berbanding yen kepada 4.0486/0543 daripada 4.0391/0457 minggu lalu.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3916/3986 dari 5.4742/4843 dan kukuh berbanding euro kepada 4.6186/6246 dari penutup minggu lalu 4.6491/6567. - BERNAMA

Berita Harian X