Selasa, 30 Ogos 2016 | 10:26am

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini disebabkan kekurangan pemangkin, kata pedagang.

Pada 9.45 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0460/0510 berbanding dolar AS daripada 4.0430/0480 semalam.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ringgit hampir mendatar berbanding pound British kepada 5.2954/3036 daripada 5.2959/2049, tetapi jatuh berbanding euro kepada 4.5210/5270 daripada 4.5209/5281.

Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9737/9780 daripada 2.9704/9749 dan susut berbanding yen kepada 3.9605/9665 daripada 3.9579/9640. - BERNAMA

Berita Harian X