Selasa, 9 Ogos 2016 | 1:41pm
BURSA Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi hari ini susulan aktiviti pengambilan untung di kebanyakan kaunter wajaran tinggi. - Foto hiasan
BURSA Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi hari ini susulan aktiviti pengambilan untung di kebanyakan kaunter wajaran tinggi. - Foto hiasan

Saham tempatan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi hari ini susulan aktiviti pengambilan untung di kebanyakan kaunter wajaran tinggi, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan paras 1,669.49, susut 3.19 mata berbanding 1,672.68 pada penutup semalam.

Indeks dibuka 1.84 mata lebih tinggi pada 1,674.49.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 328 berbanding 313 manakala 350 kaunter tidak berubah, 695 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.11 bilion saham bernilai RM749.38 juta.

Saham China meningkat hari ini, dengan perangkaan menunjukkan inflasi rendah yang mencerahkan harapan untuk pelaksanaan dasar pelonggaran monetari di ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Indeks harga pengguna meningkat 1.8 peratus pada Julai, tahap paling lemah dalam tempoh enam bulan, dan ini menunjukkan masih ada ruang untuk pelaksanaan pelonggaran monetari, yang baik untuk saham, katanya.

Indeks FBM Emas susut 13.93 mata kepada 11,722.79, Indeks FBM Emas Shariah turun 7.07 mata kepada 12,348.78 manakala Indeks FBMT100 susut 14.80 mata kepada 11,421.63.

FBM 70 meningkat 8.14 mata kepada 13,467.07 namun FBM Ace turun 15.62 mata kepada 5,468.66.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 27.46 mata kepada 14,320.13, Indeks Perusahaan susut 3.51 mata kepada 3,146.60 manakala Indeks Perladangan susut 14.41 mata kepada 7,659.62.

Kaunter wajaran tinggi, TNB tidak berubah pada RM14.58, Maybank menokok satu sen kepada RM7.99 manakala Public Bank turun empat sen kepada RM19.60 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM6.54.

Antara saham aktif, MBSB susut 3.5 sen kepada 88.5 sen, TH Heavy Engineering tidak berubah pada 17 sen manakala PDZ Holdings menokok setengah sen kepada sembilan sen manakala Xidelang menokok satu sen kepada 4.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X