Sabtu, 30 Julai 2016 | 11:53am

Ringgit dijangka cecah paras 4.00 berbanding dolar AS

Gambar fail, Maria Sharapova semasa perlawanan menentang Ashleigh Barty dari Australia pada Terbuka Australia, Januari lalu. - Foto REUTERS
Gambar fail, Maria Sharapova semasa perlawanan menentang Ashleigh Barty dari Australia pada Terbuka Australia, Januari lalu. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS minggu depan, didorong oleh faktor luaran biarpun harga minyak mentah kembali stabil.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata unit tempatan itu dijangka terus mengukuh minggu depan seiring unjuran bahawa pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

"Kami menjangkakan ringgit akan mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS pada minggu ini," katanya kepada BERNAMA.

Nazri Khan berkata, beliau turut mengharapkan harga minyak mentah kembali stabil selepas harganya susut ke paras AS$42 setong.

Bagi minggu baru berakhir ini, ringgit menghampiri paras tertingginya dalam masa tujuh bulan pada Rabu lepas berikutan permintaan dalam kalangan penggiat institusi asing, namun ternyata susut susulan aktiviti pengambilan untung.

Ia ditutup pada paras 4.0670/0740 berbanding dolar AS pada Jumaat daripada 4.0535/0595 di minggu sebelumnya.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0169 daripada 2.9891/9937 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada 3.9257/9343 daripada 3.8223/8290, sebelum ini.

Ia turut susut berbanding pound British kepada 5.3583/3691 daripada 5.3194/3281 sebelum ini dan turun berbanding euro kepada 4.5180/5274 daripada 4.4686/4768. - BERNAMA

Berita Harian X