Isnin, 25 Julai 2016 | 11:33am

Ringgit rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila minat risiko peniaga terus menyokong mata wang dan aset AS.

Pada jam 9.08 pagi, unit tempatan itu disebut kepada 4.0810/0860 berbanding 4.0535/0595 berbanding dolar AS pada penutup Jumaat.

Peniaga berkata data ekonomi AS yakin baru-baru ini, ditambah kepada prospek kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS jangka masa terdekat memberi suntikan kepada dolar AS.

Ringgit juga lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9946/0002 pada awal dagangan daripada 2.9891/9937 pada Jumaat, susut berbanding yen kepada 3.8240/8305 dari 3.8223/8290.

Berbanding pound, ringgit juga lebih lemah kepada 5.3559/3641 daripada 5.3194/3281 Jumaat lalu dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.4695/4766 daripada 4.4686/4768 sebelumnya. - BERNAMA

Berita Harian X