Rabu, 20 Julai 2016 | 8:04pm
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada penutup hari ini berikutan penurunan semalaman harga minyak mentah dunia. - Foto hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada penutup hari ini berikutan penurunan semalaman harga minyak mentah dunia. - Foto hiasan

Ringgit ditutup rendah hari ini

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup hari ini berikutan penurunan semalaman harga minyak mentah dunia.

Pada 6 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.0240/0300 berbanding dolar daripada 4.0000/0080 semalam.

Dalam notanya, Hong Leong Bank berkata, ia menjangkakan kedudukan lemah ringgit akan berterusan berbanding dolar ekoran kehilangan sokongan akibat sentimen pasaran yang negatif selain penurunan harga minyak.

Ringgit juga lemah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9656/9704 daripada 2.9579/9643 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.7724/7794 daripada 3.7661/7747 semalam.

Berbanding pound, ringgit rendah kepada 5.3060/3152 berbanding 5.2780/2902 semalam dan berbanding euro, ringgit susut kepada 4.4288/4362 daripada 4.4244/4349 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X