Selasa, 19 Julai 2016 | 6:28pm

Harga minyak jatuh pada penutupan dagangan Asia

SINGAPURA: Harga minyak jatuh berikutan kebimbangan lebihan minyak mentah dan bahan api mengatasi jangkaan pengeluaran syal AS, selain kemungkinan pengeluaran inventori minyak mentah AS.

Harga minyak mentah jatuh lebih satu peratus dalam sesi sebelumnya selepas kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berpunca daripada cubaan rampasan kuasa di Turki, yang ternyata tidak berasas.

"Harga sedikit lemah dalam tempoh dagangan Asia - peniaga dan pelabur menjangkakan harga akan terhenti. Ia seperti mata pisau antara optimis dan pesimis," kata Ben Le Brun, penganalisis pasaran di Sydney's OptionsExpress.

Pasaran menunggu untuk data stok minyak mentah pada Selasan dan Rabu

bagi membantu memberi petunjuk kepada harga, katanya.

Brent mentah susut 11 cents kepada AS$46.85 setong pada 0657 GMT selepas berakhir rendah pada sesi sebelumnya 65 cents, atau 1.4 peratus.

Minyak mentah AS, yang juga dikenali West Texas Intermediate (WTI), jatuh 11 cents kepada AS$45.13 setong selepas berakhir 71 cents, atau sekitar 1.6 peratus lebih rendah, dalam sesi sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X