Jumaat, 8 Julai 2016 | 10:06am

Saham KL rendah dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam dagangan awal hari ini pada perdagangan terpilih berikutan peniaga enggan memasuki pasaran.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 4.89 mata lebih tinggi daripada penutup Selasa iaitu 1,650.71, tetapi 1.34 mata lebih rendah pada 1,649.37 pada pukul 9.15 pagi.

Suasana pasaran sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 112 berbanding 105, 154 kaunter tidak berubah, 1,350 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 148.38 juta saham bernilai RM81.69 juta.

Peniaga berkata aktiviti dagangan di pasaran tempatan dijangka terhad hari ini dengan banyak pelabur masih belum memasuki pasaran pada cuti Hari Raya yang panjang. - BERNAMA

Berita Harian X