Jumaat, 10 Jun 2016 | 10:17am

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan kekurangan minat belian, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.06 pagi ini, unit tempatan disebut harga pada 4,0620/0680 berbanding dolar AS daripada 4,0450/0500 pada jam 5 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, mata wang tempatan, bagaimanapun, masih stabil, disokong oleh pergerakan positif harga minyak mentah global.

Unit tempatan juga diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2,9987/0035 daripada penutup Khamis sebanyak 2,9934/9987, mengukuh berbanding yen kepada 3,7902/7973 daripada 3,7978/8035 dan meningkat berbanding euro kepada 4,5901/5981 daripada 4,5959/6028.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding pound British kepada 5,8704/8815 daripada 5,8523/8612 pada Khamis. - BERNAMA

Berita Harian X