Selasa, 17 Mei 2016 | 10:20am
PAPARAN di papan elektronik yang menunjukkan indeks pasaran saham dari pelbagai negara luar sebuah broker di Tokyo, Jepun. - Gambar hiasan/REUTERS
PAPARAN di papan elektronik yang menunjukkan indeks pasaran saham dari pelbagai negara luar sebuah broker di Tokyo, Jepun. - Gambar hiasan/REUTERS

Saham Asia pulih didorong Apple, harga minyak

TOKYO: Saham Asia pulih daripada kejatuhan paras terendah dalam dua bulan hari ini selepas lantunan semula dalam saham gergasi teknologi, Apple dan kenaikan harga minyak yang memacu Wall Street.

Indeks meluas MSCI bagi Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.1 peratus, melanjutkan pemulihan daripada paras rendah dua bulan yang dicatatkan pada Jumaat.

Nikkei Jepun menokok sekitar 1.0 peratus.

"Minat risiko pasaran seolah-olah kembali semula atau sebaliknya dengan keadaan kurang memberangsangkan berkurangan," kata Masahiro Ichikawa, pakar strategi kanan di Sumitomo Mitsui Asset Management.

Wall Street mencatat kenaikan mendadak pada Isnin, dipacu oleh lonjakan saham Apple dan kenaikan saham tenaga yang disokong oleh harga minyak lebih kukuh.

Saham Apple yang mana susut sekitar satu perlima daripada nilainya bulan lalu ekoran kebimbangan berhubung pertumbuhan jualan syarikat yang perlahan, ditutup 3.7 peratus lebih tinggi selepas Warren Buffett's Berkshire Hathaway dilaporkan mengambil alih pegangan bernilai sekitar AS$1 bilion dalam pengeluar iPhone. - Reuters

Berita Harian X