Khamis, 5 Mei 2016 | 8:56pm

PROTON lantik Syed Faisal Albar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

DATUK Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.
DATUK Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd melantik Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini, susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mac, 2016.

Menurut kenyataan PROTON, Syed Faisal Albar, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, turut akan mengambil alih jawatan Pengerusi Group Lotus plc.

"Antara jawatan penting yang pernah disandang Syed Faisal Albar sebelum ini ialah Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakoff Corporation Bhd dan CEO Gas Malaysia Bhd.

"Pengalaman dan rekod perkhidmatan beliau yang terbukti dalam meningkatkan perolehan dan keberuntungan akan menjadi kelebihan terutamanya kepada PROTON yang ketika ini melaksanakan perubahan dalam perniagaannya," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Harian X