Selasa, 3 Mei 2016 | 10:29am

Harga minyak jatuh susulan peningkatan pengeluaran

SINGAPURA: Harga minyak jatuh dalam awal dagangan Asia hari ini sebagai tanda pengeluaran di Asia Barat yang terus meningkat, menangani kejatuhan pengeluaran di AS.

Penanda aras minyak mentah antarabangsa, Brent diniagakan pada AS$45.68 setong pada 0100 GMT, jatuh 15 cents daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 6 cents pada AS$44.72 setong.

Penurunan itu sebagai Iraq, pengeksport kedua terbesar dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), adalah ahli terbaharu OPEC yang mengumumkan jumlah eksportnya semakin meningkat, dilaporkan penghantaran minyak dari medan selatan berada pada kadar purata 3.364 juta tong sehari (bpd) pada April.

Ia adalah lebih daripada purata Mac iaitu 3.286 juta dan menghampiri dengan rekodnya pada November dengan 3.37 juta bpd.

"Tenaga semakin lemah. Kebimbangan terhadap penambahan bekalan OPEC telah meningkat selepas Iraq mengumumkan penghantarannya 3.36 juta pada April," kata Bank ANZ, hari ini.

Pengeluaran pengeksport OPEC terbesar, Saudi Arabia adalah 10.15 juta bpd pada April, tetapi menurut sumber ia boleh meningkat menghampiri rekod 10.5 juta bpd pada minggu akan datang. - Reuters

Berita Harian X