Selasa, 12 April 2016 | 10:47am
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Aizuddin Saad
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Aizuddin Saad

Wajib nyatakan jantina pengarah, pengurusan kanan - PM

KUALA LUMPUR: Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia wajib mendedahkan wakil jantina ahli lembaga pengarah dan barisan pengurusan kanan organisasi dalam laporan tahunan masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini dalam usaha mengukuhkan cadangan mengenai kepelbagaian gender dalam semakan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang akan dikeluarkan tahun ini.

"Saya dengan berbesar hati mengumumkan kita hanya perlu 130 wanita lagi untuk memenuhi kuota 30 peratus golongan itu sebagai ahli lembaga pengarah 100 syarikat dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2016, hari ini.

Berita Harian X