Khamis, 24 March 2016 | 2:44pm

FBM KLCI akhiri sesi pagi dalam lingkungan negatif

KUALA LUMPUR: Petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi pagi ini dalam lingkungan negatif berikutan aktiviti jualan saham pengguna terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks berkenaan susut 8.84 mata kepada 1,715.71 daripada 1,724.55, semalam.

Ia turut berlegar antara 1,714.21 dan 1,720.98 sepanjang sesi dagangan pagi selepas dibuka susut 9.17 mata kepada 1,715.38.

PPB dan Nestle muncul antara kaunter saham paling rugi pagi ini apabila masing-masing turun 28 sen dan 18 sen kepada RM16.58 dan RM75.30.

Sentimen pasaran negatif dengan 439 kaunter rugi berbanding 272 untung manakala 322 kaunter tidak berubah, 713 tidak didagangkan dan 15 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 927.99 juta saham bernilai RM821.48 juta.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.94, TNB turun 10 sen kepada RM13.98, Public Bank jatuh dua sen kepada RM18.78 manakala IHH Healthcare merosot tujuh sen kepada RM6.49.

Antara saham aktif, EKA Noodles menokok setengah sen kepada 17.5 sen, Anzo menambah satu sen kepada 30.5 sen manakala AirAsia X turun setengah sen kepada 30 sen dan AirAsia susut empat sen kepada RM1.82.

Indeks FBM Emas susut 57.41 mata kepada 11,882.85, Indeks FBMT100 jatuh 57.67 mata kepada 11,585.22 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 51.29 mata kepada 12,501.80.

FBM 70 susut 57.98 mata kepada 13,113.71 namun FBM Ace naik 12.17 mata kepada 5,672.01.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 60.41 mata kepada 14,610.49, Indeks Perusahaan susut 15.88 mata kepada 3,276.01 manakala Indeks Perladangan berkurangan 16.62 mata kepada 7,976.17. - BERNAMA

Berita Harian X