Selasa, 15 March 2016 | 6:59pm

Saham ditutup rendah hari ini

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan minat yang lemah.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 9.39 mata lebih rendah kepada 1,690.92 berbanding 1,700.31 pada penutupan semalam.

Indeks bergerak antara 1,699.44 dan 1,689.33 di sepanjang hari selepas dibuka 4.7 mata lebih rendah pada 1,695.61.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 409 berbanding 381, manakala 361 kaunter tidak berubah, 579 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.52 bilion saham bernilai RM1.7 bilion berbanding 1.47 bilion saham bernilai RM1.61 bilion semalam.

Peniaga berkata, prestasi Bursa Malaysia juga selari dengan trend rakan serantau yang mendorong pelabur tidak memasuki pasaran.

Bank Of Japan, Rizab Persekutuan US, Bank of England dan Swiss National Bank masing-masing mengadakan mesyuarat dasar monetari, dengan keputusan dijangkakan menyediakan lebih banyak gambaran mengenai arah tuju pasaran, katanya.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM8.73, TNB turun 12 sen kepada RM13.32, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing merosot lima sen kepada RM6.77 dan RM6.42. Public Bank bagaimanapun meningkat 16 sen kepada RM18.78.

Saham aktif hari ini termasuk AirAsia Bhd yang meningkat lapan sen kepada RM1.79, AirAsiaX meningkat satu sen kepada 30.5 sen, Vivocom menokok setengah sen kepada 26.5 sen manakala Palette Multimedia susut setengah sen kepada lima sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas Index susut 38.69 mata kepada 11,719.64, Indeks FBMT100 susut 40.91 mata kepada 11,426.75 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 59.58 mata kepada 12,379.97.

FBM 70 menokok 35.43 mata kepada 12,966.05, namun FBM Ace susut 7.91 mata kepada 5,563.81.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan merosot 14.02 mata kepada 3,276.41, Indeks Perladangan susut 5.45 mata kepada 8,031.01 manakala Indeks Kewangan turun 6.58 mata kepada 14,369.92.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.11 bilion unit bernilai RM1.62 bilion berbanding 1.01 bilion unit bernilai RM1.54 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 254.61 juta unit bernilai RM42.58 juta berbanding 283.93 juta unit bernilai RM41.03 juta.

Waran meningkat kepada 157.02 juta unit bernilai RM32.96 juta berbanding 173.33 juta unit bernilai RM31.7 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 74.63 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (238.87 juta), pembinaan (64.84 juta), perdagangan dan perkhidmatan (484.41 juta), teknologi (13.54 juta), infrastruktur (6.18 juta), SPAC (110.64 juta), kewangan (35.97 juta), hotel (708,100), hartanah (47.59 juta), perladangan (26.32 juta), perlombongan (20,000), REIT (7.63 juta) dan dana tertutup (33,000). -- BERNAMA

Berita Harian X