Isnin, 14 March 2016 | 10:40am

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 RINGGIT memulakan dagangan lebih rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal selepas mencatatkan keuntungan kukuh minggu lalu. - Foto hiasan
RINGGIT memulakan dagangan lebih rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal selepas mencatatkan keuntungan kukuh minggu lalu. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan lebih rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal selepas mencatatkan keuntungan kukuh minggu lalu, kata peniaga.

Dalam dagangan awal jam 9 pagi, ringgit didagangkan kepada 4.0910/0960 berbanding dolar AS berbanding 4.0860/0910 Jumaat lalu.

Prestasi ringgit secara keseluruhannya kukuh minggu lalu disokong pengukuhan harga minyak mentah.

Peniaga berkata, kedudukan harga minyak mentah yang semakin baik dan sentimen positif Bursa Malaysia membantu melonjakkan ringgit.

Ringgit bagaimanapun lebih lemah berbanding mata wang lain pada pembukaan dagangan hari ini.

Ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9781/9835 berbanding 2.9656/9707 pada Jumaat namun mengukuh berbanding yen kepada 3.5902/5961 dari 3.5927/5981.

Unit tempatan itu menurun berbanding pound British kepada kepada 5.8824/8913 berbanding 5.8275/8366 dan menurun berbanding euro kepada 4.5615/5687 berbanding 4.5400/5471. - BERNAMA

Berita Harian X