Selasa, 1 March 2016 | 6:56pm

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian

KUALA LUMPUR: Belian berterusan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi mendorong petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, kata peniaga.

Indeks ditutup 16.07 mata lebih baik kepada 1,670.82 mata daripada 1,654.75 mata pada Isnin. Ia dibuka 3.67 mata lebih tinggi kepada 1,658.42.

Genting dan Petronas Dagangan menjadi antara kaunter paling untung hari ini, masing-masing meningkat 34 sen dan 28 sen kepada RM8.22 dan RM24.98.

Peniaga berkata, momentum positif di bursa tempatan sejajar dengan kebanyakan bursa serantau, meraih manfaat daripada langkah China untuk meningkatkan pinjaman bank, yang mengimbangi data kilang yang lemah.

Di papan skor, Indeks FBM Emas naik 94.13 mata kepada 11,596.10, Indeks FBMT100 meningkat 94.24 mata kepada 11,302.17 dan FBM Emas Syariah menambah 75.41 mata kepada 12,324.65.

FBM 70 meraih 54.92 mata kepada 12,865.49, bagaimanapun FBM Ace jatuh 32.01 mata kepada 5,670.02.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 31.87 mata kepada 3,251.49, Indeks Kewangan melonjak 121.50 mata kepada 14,140.12 dan Indeks Perladangan naik 30.39 mata kepada 7,821.50.

Terdapat 476 kaunter untung dan 405 kaunter rugi manakala 311 kaunter tidak berubah, 541 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan rendah sedikit pada 1.67 bilion saham, bernilai RM1.65 bilion, daripada 1.69 bilion saham, bernilai RM2.31 bilion, diniagakan pada Isnin.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 13 sen kepada RM8.64, TNB dan Public Bank, masing-masing meningkat empat sen kepada RM13.16 dan RM18.52, manakala Petronas Chemicals meraih lima sen kepada RM6.80.

Daripada saham cergas, AirAsia X menokok 1.5 sen kepada 26.5 sen, AirAsia naik 10 sen kepada RM1.57 manakala Hubline dan Borneo Oil, masing-masing tidak berubah pada satu sen dan 14.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.17 bilion unit, bernilai RM1.55 billion, daripada 1.10 bilion unit bernilai RM2.21 bilion pada Isnin. Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 189.33 juta saham, bernilai RM56.54 juta, berbanding 380.52 juta saham, bernilai RM56.44 juta, diniagakan pada Isnin.

Waran meningkat kepada 211.48 juta unit, bernilai RM38.88 juta, daripada 196.93 juta unit semalam, bernilai RM36.50 juta, diniagakan semalam.

Barangan pengguna menyumbang 114.16 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (186.23 juta), pembinaan (22.73 juta), perdagangan dan perkhidmatan (628.48 juta), teknologi (21.56 juta), infrastruktur (9.70 juta), SPAC (23.04 juta), kewangan (42.15 juta), hotel (1.04 juta), hartanah (85.22 juta), perladangan (24.26 juta), perlombongan (5,000), REIT (12.34 juta) dan dana tertutup (tiada). - BERNAMA

Berita Harian X