Rabu, 10 Februari 2016 | 3:46pm

Sesi pagi Bursa Malaysia lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi lebih rendah dengan sentimen merosot berikutan pasaran ekuiti yang lebih lemah di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan global, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,650.34, susut 12.12 mata berbanding 1,662.46 pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 8.47 mata lebih tinggi kepada 1,670.93 pada 9 pagi. Peniaga berkata, bursa saham tempatan mengambil petunjuk daripada jualan besar-besaran pasaran ekuiti Asia kerana pelabur beralih kepada aset selamat.

Sentimen lemah itu juga disebabkan pasaran Wall Street dan Eropah yang bergelut untuk memulihkan keadaan selepas jualan besar-besaran diketuai bank pada sesi sebelumnya, katanya.

Sentimen bertambah buruk oleh ketidaktentuan pasaran minyak apabila Agensi Tenaga Antarabangsa berkata, pengeluaran minyak dunia telah merosot kurang daripada dijangka pada Januari.

Di papan skor, Indeks Emas FBM jatuh 77.76 mata kepada 11,448.80, Indeks FBMT100 turun 75.56 mata kepada 11,158.24, Syariah Emas FBM susut 88.86 mata kepada 12,253.96, FBM 70 jatuh 62.98 mata kepada manakala FBM ACE merosot 28.10 mata kepada 5,867.57.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan berkurang 61.70 mata kepada 7,758.19, Indeks Kewangan rugi 35.52 mata kepada 13,862.16 dan Indeks Perindustrian jatuh 11.36 mata kepada 3,242.23.

Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 454 berbanding 166, manakala 205 kaunter tidak berubah, 925 tidak diniaga dan 15 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada 477.81 juta saham bernilai RM393.66 juta.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.57, TNB untung lapan sen kepada RM13.24, Public Bank susut empat sen kepada RM18.50, Petronas Chemicals jatuh tiga sen kepada RM6.95 dan IHH merosot satu sen kepada RM6.50.

Antara kaunter paling untung, Axiata dan Malaysian Pacific Industries turun 21 sen tiap satu masing-masing kepada RM5.68 dan RM7.89, manakala Genting Bhd, Apex Healthcare dan Hong Leong Industries turun 19 sen tiap satu masing-masing kepada RM7.77, RM3.50 dan RM5.71.

Dalam kalangan saham aktif, Tiger Synergy, APFT dan Genetec jatuh setengah sen tiap satu masing-masing kepada tujuh sen, 22 sen dan 24.5 sen manakala Vivocom naik setengah sen kepada 28 sen.

- BERNAMA

Berita Harian X