Rabu, 27 Januari 2016 | 4:24pm

Projek PIPC dijangka siap lewat - JPDC

KETUA Eksekutif Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor, Mohd Yazid Jaafar. - Foto BERNAMA
KETUA Eksekutif Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor, Mohd Yazid Jaafar. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Johor Petroleum Development Corporation Bhd (JPDC), penyelaras pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), menjangka sedikit kelewatan dalam menyiapkan projek PIPC yang sebelum ini dijangka siap sepenuhnya pada 2035.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yazid Jaafar, berkata kelewatan itu disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Bagaimanapun, katanya, fasa pertama projek itu yang merangkumi dua projek pemangkin RAPID Petronas dan terminal laut dalam bebas Dialog Group, tidak terbabit dan berjalan mengikut jadual.

"Kedua-dua projek terbabit dijangka mula beroperasi pada 2019," katanya semasa ceramah majlis makan tengah hari anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.

PIPC adalah satu langkah utama dalam mewujudkan nilai kepada rantaian minyak dan gas huluan di Johor.

Projek itu yang terletak di Pengerang, akan mempunyai kilang penapis minyak, naphtha crackers, loji petrokimia serta terminal import gas asli cecair dan loji pengegasan semula.

Berita Harian X