Khamis, 21 Januari 2016 | 2:04pm

Saham tempatan kekal rendah pada penutup tengah hari

Sumber bursamalaysia.com
Sumber bursamalaysia.com

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia berada dalam zon negatif semasa sesi pagi berakhir hari ini meskipun pasaran serantau mengalami aliran menaik.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,613.72, turun 5.11 mata berbanding semasa ditutup semalam pada 1,618.83, selepas bergerak antara 1,609.38 dan 1,618.06 sepanjang sesi pagi. Ia dibuka rendah pada 1,616.12.

Pasaran dalam zon negatif dengan saham rugi mengatasi untung pada 439 berbanding 252, dengan 345 kaunter tidak berubah, 715 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.00 bilion saham bernilai RM660.22 juta.

Peniaga berkata, sentimen di bursa tempatan kekal lembap setelah pelabur kurang berminat berikutan kejatuhan harga minyak.

Saham paling untung, Concrete Engineering meningkat 19 sen kepada RM2.13, manakala Genting Plantations meningkat 18 sen kepada RM10.20, Carlsberg naik 14 sen kepada RM11.68 dan Guinness Anchor menambah 12 sen kepada RM13.58.

Bagi saham paling rugi, British American Tobacco turun 84 sen kepada RM55.12, Nestle susut 42 sen kepada RM73, Dutch Lady berkurangan 22 sen kepada RM47.06 san UMS merosot 20 sen kepada RM2.80.

Antara saham wajaran tinggi, TNB susut empat sen kepada RM12.84, Public Bank turun 14 sen kepada RM18, Axiata kurang satu sen kepada RM6.13 dan Petronas Chemicals kekal pada RM6.99.

Antara saham aktif, Berjaya menokok 3.5 sen kepada 37.5 sen, Guan Chong susut tiga sen kepada dua sen dan Instacom menambah satu sen kepada 16 sen.

Indeks FBM Emas berkurangan 44.05 mata kepada 11,278.91, Indeks FBMT100 turun 36.91 mata kepada 10,972.07 dan Indeks Syariah FBM Emas menyusut 53.96 mata kepada 12,207.45.

FBM 70 turun 50.43 mata kepada 12,692.08 dan FBM Ace menambah 14.36 mata kepada 6,009.42.

Mengikut sektor pula, Indeks Perusahaan kurang 20.74 mata kepada 3,102.46, Indeks Kewangan merosot 40.93 mata kepada 13,529.23 dan Indeks Perladangan menambah 8.35 mata kepada 7,461.12. - BERNAMA

Berita Harian X