Isnin, 28 Disember 2015 | 9:14am

Saham Asia melantun dalam dagangan lengang

TOKYO: Saham Asia melantun dalam dagangan lengang hari ini, susulan lantunan dalam harga minyak mentah.

Pelabur merentas pelbagai aset pasaran ketiadaan petunjuk biasa berikutan Eropah dan Amerika Utara (AS) ditutup Jumaat kerana sambutan Krismas.

Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI, mendatar.

Indeks itu berada di landasan untuk mencatat penurunan 11 peratus tahun ini.

Indeks Nikkei juga naik 0.1 peratus. Nikkei, mendapat lonjakan sebahagiannya daripada dasar reflasi Perdana Menteri Shinzo Abe, menuju kepada kenaikan tahun keempat berturut-turut.

Minyak mentah AS menokok minggu lalu disebabkan penyusutan inventori, pengurangan aktiviti menggerudi minyak dan penarikan terhadap larangan eksport minyak AS.

Minyak mentah AS susut 0.4 peratus kepada AS$37.93 satu tong selepas melonjak hampir sembilan peratus minggu lalu menjarakkan diri daripada paras terendah sejak Februari 2009 pada AS$33.98.

Minyak mentah Brent juga naik hampir tiga peratus minggu lalu.

Bagaimanapun, musim sejuk yang lebih panas daripada biasa di beberapa kawasan, disebabkan corak cuaca El Nino, bermakna permintaan lebih rendah bagi minyak pemanas.

Penganalisis juga meninjau impak ekonomi lebih meluas daripada corak cuaca itu.

"Amerika Syarikat (AS) mengalami musim sejuk pada rekod suku tertinggi dan tumpuan sama ada aktiviti ekonomi suku pertama akan mendapat kesan negatif kerana ini," kata Shinichiro Kadota, ketua strategi di Barclays Tokyo dalam satu nota.

"Data AS berkaitan kediaman dan perbelanjaan swasta, yang terkesan daripada persekitaran musim sejuk, dipantau," kata Kadota.

Dolar mencecah 120.315 yen, berlegar pada paras terendah hampir dua bulan 120.05 yang dicatat pada Jumaat.

Dolar kehilangan momentum, dengan pelabur mengunci keuntungan selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah pada bulan ini, kenaikan pertama dalam sembilan tahun.

Lewat minggu lalu, indeks kos pekerjaan yang lebih lemah daripada jangkaan di AS turut memberi kesan kepada dolar.

Pasaran kewangan memantau data baharu AS bagi mendapat petunjuk.

Euro susut 0.1 peratus kepada AS$1.0962 selepas diniagakan dalam jajaran sempit. - REUTERS

Berita Harian X