Rabu, 23 Disember 2015 | 5:40pm

Huawei kini ketiga dalam peranti mudah alih pintar

 

HONG KONG: Huawei Technologies Co mencatatkan penghantaran 100 juta telefon pintar jenamanya tahun ini disokong strategi jualan yang menyasarkan golongan mewah sebagai penyelamat dalam menghadapi kelembapan industri di China.

 

Jenama mudah alih terbesar China itu menikmati lonjakan jualan sebanyak 33 peratus dan membuka laluan mudah  untuk geragasi itu menikmati kedudukan ketiga dalam industri di peringkat global.

 

Syarikat itu dalam kenyataannya dikeluarkan di laman webnya berkata, Huawei kini cuba menghangatkan pasaran Amerka Syarikat dan Eropah sebagai usahanya bersaing secara terang-terangan dengan Apple dan Samsung.

 

"Strategi perluasan melangkaui sempadan China adalah sebahagian daripada sasaran kumpulan untuk meningkatkan jualan sebanyak 60 peratus bagi pasaran telefonm mudah alih luar negara dan menjana sekitar AS$16 bilion pendapatannya tahun ini.

 

"Huawei dijangka mengekalkan sasarannya tahun ini, sejajar dengan pelaburannya yang semakin berkembang kepada lingkungan pengguna mudah alih pertengahan dan mewah." katanya. - Bloomberg

Berita Harian X