Khamis, 3 Disember 2015 | 10:39am

Ringgit susut, 4.2550 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit susut pagi ini berbanding dolar AS kerana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat membayangkan kenaikan kadar faedah dalam tempoh terdekat, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2550/2620 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2350 semalam.

Komen Pengerusi Fed, Janet Yellen, berhubung semakin hampirnya kenaikan kadar faedah menyebabkan ringgit dan beberapa mata wang serantau lain susut.

Mengikut Yellen, mengekalkan kaedah faedah pada kadar sifar untuk lebih lama akan mewujudkan risiko ketidakstabilan ekonomi AS.

Ringgit juga susut berbanding mata wang utama lain. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0103/0163 daripada 3.0017/0059 pada Rabu dan susut berbanding yen kepada 3.4507/4577 daripada 3.4346/4400.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding pound British kepada 6.3570/3696 daripada 6.3742/3826 dan susut berbanding euro kepada 4.5129/5207 daripada 4.4863/4929. - BERNAMA

Berita Harian X