Khamis, 26 November 2015 | 6:19pm
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga. - Foto hiasan
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga. - Foto hiasan

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga. Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran susut 1.33 mata kepada 1,683.09 selepas bergerak antara 1,674.67 dan 1,688.79 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif berbanding pengukuhan aliran di kebanyakan pasaran serantau.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 439 berbanding 425 manakala 359 kaunter tidak berubah, 621 tidak diniagakan dan 75 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.33 bilion saham bernilai RM1.97 bilion daripada 2.77 bilion saham bernilai RM2.37 bilion pada Rabu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tujuh sen kepada RM8.48 manakala TNB dan Public Bank, masing-masing meraih dua sen kepada RM13.60 dan RM18.26.

Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM6.84 dan Axiata jatuh dua sen kepada RM6.16.

Daripada saham cergas, KNM naik 2.5 sen kepada 53.5 sen, Ingenuity menokok setengah sen kepada tujuh sen, Borneo Oil tidak berubah pada 16 sen, Instacom merosot satu sen kepada 31 sen dan DPS Resources susut setengah sen kepada 14.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas Index turun 0.09 mata kepada 11,693.32, Indeks FBMT100 jatuh 2.69 mata kepada 11,374.46 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 7.85 mata kepada 12,632.51. FBM Ace meningkat 14.06 mata kepada 6,739.4 dan FBM 70 menokok 20.27 mata kepada 12,905.48.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan merosot 4.26 mata kepada 3,300.63 dan Indeks Perladangan jatuh 6.74 mata kepada 7,513.83.

Indeks Kewangan naik 7.58 mata kepada 14,138.02. Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.52 bilion unit bernilai RM1.77 bilion daripada 1.72 bilion unit bernilai RM2.12 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 635.6 juta saham bernilai RM170.35 juta daripada 861.97 juta saham bernilai RM222.84 juta semalam. Waran susut kepada 171.79 juta unit bernilai RM22.63 juta daripada 181.77 juta unit bernilai RM25.26 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 100.99 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (363.07 juta), pembinaan (56.03 juta), perdagangan dan perkhidmatan (677.73 juta), teknologi (47.81 juta), infrastruktur (7.02 juta), SPAC (2.03 juta), kewangan (72.24 juta), hotel (1.06 juta), hartanah (182.53 juta), perladangan (7.52 juta), perlombongan (1,000), REIT (5.71 juta) dan dana tertutup (57,000).

- BERNAMA

Berita Harian X