Khamis, 8 Oktober 2015 | 10:20am

Ringgit mengukuh didorong sokongan belian

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan rentak peningkatan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong sokongan belian dan penyusutan dolar AS.

Pada pembukaan hari ini, ringgit diniagakan pada 4.2020/2100 berbanding dolar AS daripada 4.2150/2250 pada penutupan semalam.

Peningkatan itu didorong pemulihan harga minyak serta data dagangan lebih baik pada Ogos.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga diniagakan tinggi. Ia naik berbanding yen kepada 3.5011/5083 daripada 3.5105/3197 yang dicatatkan pada Rabu, mengukuh berbanding pound kepada 6.4358/4501 daripada 6.4473/4651 serta naik berbanding euro kepada 4.7235/7333 daripada 4.7381/7497.

Ringgit bagaimanapun menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9797/9865 daripada 2.9780/9861 pada penutupan semalam. - BERNAMA

Berita Harian X