Sabtu, 27 Jun 2015 | 10:34am

Ringgit dijangka dalam aliran menurun minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka dalam aliran menurun minggu depan berbanding dolar AS berikutan pelabur memperoleh keyakinan terhadap dolar AS susulan data ekonomi AS yang teguh.

Beliau berkata data yang positif menunjukkan kemungkinan kenaikan kadar faedah pada September.

"Ini melemahkan nota tempatan dan mata wang Asia pesat berkembang lain," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata beliau menjangka penyusutan nota tempatan akan menggalakkan lebih banyak pelaburan jangka sederhana terutama dalam pelaburan langsung asing (FDI) dan bon.

"Minggu lalu, ringgit merosot satu peratus berbanding dolar AS pada 3.7610 manakala berbanding dolar Singapura jatuh 1.5 peratus kepada 2.8005. Berkemungkinan pelabur baharu akan merebut peluang sementara daripada kelemahan ringgit yang di bawah nilai ini kerana ia menawarkan titik kemasukan murah ke dalam pasaran jangka sederhana dan panjang FDI serta bon," katanya.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit merosot kepada 3.7660/7690 berbanding dolar AS daripada 3.7430/7460 Jumaat lalu. Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.7996/7020 daripada 2.7985/8018 dan menyusut berbanding yen kepada 3.0516/0543 daripada 3.0428/0460 sebelum ini.

Mata wang tempatan bagaimanapun menokok berbanding pound British kepada 5.9318/9369 daripada 5.9327/9385 serta mengukuh berbanding euro kepada 4.2194/2235 daripada 4.2345/2382 Jumaat lalu. - BERNAMA

Berita Harian X