Selasa, 9 Jun 2015 | 1:19pm
PENANDA aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri urus niaga pagi dengan 7.22 mata lebih rendah kepada 1,732.23, diheret turun akibat kerugian yang dicatatkan oleh saham mewah terpilih. - Foto hiasan
PENANDA aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri urus niaga pagi dengan 7.22 mata lebih rendah kepada 1,732.23, diheret turun akibat kerugian yang dicatatkan oleh saham mewah terpilih. - Foto hiasan

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri urus niaga pagi dengan 7.22 mata lebih rendah kepada 1,732.23, diheret turun akibat kerugian yang dicatatkan oleh saham mewah terpilih.

Indeks utama bergerak antara julat lapan mata 1,867.98 dan 1,872.12 sepanjang urus niaga pagi, dengan pedagang dilihat enggan memasuki pasaran.

Kerugian yang dialami saham komponen indeks diketuai Tenaga, yang susut 22 sen kepada RM13.14, manakala Maxis turun 13 sen kepada RM6.71 dan Telekom susut 12 sen kepada RM6.60.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 49.72 mata kepada 12,034.87, Indeks FBMT100 susut 47.64 mata kepada 11,714.89 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 65.99 mata kepada 12,528.31.

FBM 70 susut 49.79 mata kepada 13,329.72, FBM Ace turun 52.18 mata kepada 6,451.92 manakala Indeks Kewangan turun 16.41 mata kepada 15,523.63, Indeks Perusahaan merosot 1.81 mata kepada 3,196.82 dan Indeks Perladangan turun 24.77 mata kepada 7,372.45.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 178, dengan 273 kaunter tidak berubah, 868 kaunter tidak didagangkan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 680.15 juta saham bernilai RM622.04 juta.

Antara kaunter aktif ialah Dolphin International Bhd (Dolphin) yang baru disenaraikan hari ini pada 77 sen di pasaran utama Bursa Malaysia.

Sebelum rehat tengah hari, saham itu didagangkan pada 73.5 sen dengan 47.22 juta saham bertukar tangan.

Antara saham aktif, termasuk Kanger yang menokok setengah sen kepada 16 sen, APFT kekal pada 20 sen, IFCA MSC susut enam sen kepada RM1.32, manakala Frontken dan K-One Technology masing-masing turun satu sen kepada 25.5 sen dan 33.5 sen.

- BERNAMA

Berita Harian X