Isnin, 8 Jun 2015 | 6:36pm

Saham KL ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan berhati-hati seiring kebanyakan bursa serantau lainnya, kata peniaga.

Ini menyusuli data pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih positif dan mencetuskan spekulasi kemungkinan pihak Rizab Persekutuan negara itu menaikkan kadar faedah.

Petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.88 mata atau 0.34 peratus yang diheret turun kerugian dicatatkan saham mewah terpilih untuk ditutup pada 1,739.45.

Antara komponen FBM KLCI, KL Kepong mendahului kaunter rugi apabila susut 76 sen kepada RM21.74 manakala Digi.com merosot 10 sen kepada RM5.64, KLCC Properties & REITS berkurangan 30 sen kepada RM7.00, Telekom rugi 13 sen kepada RM6.72 dan Hong Leong Financial Group juga rugi 50 sen kepada RM15.50.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 532 berbanding 254 dengan 308 kaunter tidak berubah, 718 tidak didagangkan manakala 13 lain digantung.

Indeks kebanyakan pasaran saham Asia susut hari ini selepas data pekerjaan AS yang lebih kukuh itu hanya menghangatkan lagi jangkaan kemungkinan pihak Rizab Persekutuan negara itu menaikkan kadar faedahnya sebelum akhir tahun ini.

"Data positif itu menggalakkan lagi jangkaan tindakan Rizab Persekutuan itu dilakukan seawal September ini.

"Malah, ditambah lagi dengan ketidaktentuan ekonomi global, ia dijangka memburukkan lagi keadaan pasaran serantau yang goyah serta risiko berlakunya pengaliran keluar modal," kata seorang peniaga.

Di pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.02 peratus kepada 20,457.19, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan turun 0.14 peratus kepada 2,065.19 manakala Straits Times Singapura merosot 0.30 peratus kepada 3,324.97.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 44.92 mata kepada 12,084.59, Indeks FBMT100 merosot 41.33 mata kepada 11,762.52 manakala Indeks FBM Emas Syariah Index turun 56.48 mata kepada 12,594.30.

FBM 70 turut berkurangan 53.03 mata kepada 13,379.51, FBM Ace susut 83.85 mata kepada 6,504.10, Indeks Kewangan turun 41.77 mata kepada 15,540.04, Indeks Perusahaan merosot 5.89 mata kepada 3,198.63 dan Indeks Perladangan jatuh 95.36 mata kepada 7,397.22.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.24 bilion unit bernilai RM1.38 bilion daripada 1.18 bilion unit bernilai RM1.32 bilion, pada Jumaat lepas. Antara saham aktif, Xinghe dan K-One Technology masing-masing menokok setengah kepada 7.5 sen dan 34.5 sen, waran Xinghe (A) tidak berubah pada 2 sen, manakala Hubline dan Frontken masing-masing turun setengah sen kepada 1.5 sen and 26.5 sen.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangannya meningkat kepada 717.11 juta saham bernilai RM1.25 bilion daripada 714.27 juta saham bernilai RM1.18 bilion dicatatkan pada Jumaat lepas. Perolehan di Pasaran ACE naik kepada 369.47 juta saham bernilai RM87.31 juta daripada 324.40 juta saham bernilai RM85.21 juta. Waran meningkat kepada 152.52 juta saham bernilai RM45.64 juta daripada 141.04 juta saham bernilai RM53.93 juta.

Barangan pengguna menyumbang 67.63 juta saham yang didagangkan di pasaran utama, barangan perusahaan (141.60 juta), pembinaan (31.02 juta), perdagangan dan perkhidmatan (319.86 juta), teknologi (28.55 juta), infrastruktur (15.67 juta), SPAC (11.82 juta), kewangan (27.43 juta), hotel (737,900), hartanah (59.75 juta), perladangan (8.07 juta), perlombongan (31,000), REIT (4.92 juta) dan dana/tertutup (15,000). - BERNAMA

Berita Harian X