Isnin, 1 Jun 2015 | 2:36pm

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah harian berikutan kelemahan sentimen belian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).
BURSA Malaysia ditutup pada paras terendah harian berikutan kelemahan sentimen belian disebabkan ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, selari dengan kebanyakan indeks utama di Asia Pasifik.

Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.59 mata kepada 1,735.93, selepas bergerak antara 1,732.27 dan 1,752.08 di sepanjang sesi pagi.

Prestasi pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 455 berbanding 229, manakala 250 kaunter tidak berubah, 881 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 905.98 juta saham bernilai RM792.81 juta.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.99, Tenaga turun lapan sen kepada RM13.28, Axiata susut 12 sen kepada RM6.46 dan Maxis rugi satu sen kepada RM6.88, manakala Public Bank tidak berubah pada RM18.50.

Seorang peniaga berkata, prestasi lemah di bursa tempatan itu juga dialami bursa serantau dengan Nikkei Jepun merosot 78.5 mata kepada 20,484.65, Seoul Composite Korea turun 14.63 mata kepada 2,100.17, manakala Jakarta Composite Indonesia susut 27.74 mata kepada 5,188.64.

Antara kaunter aktif, OSK menokok tiga sen kepada RM2.23, Berjaya Auto menambah 14 sen kepada RM3.89, Xidelang tidak berubah pada 11 sen, manakala Evergreen Fibreboard turun satu sen kepada RM1.19.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 60.87 mata kepada 12,036.5, FBM Emas Shariah turun 54.57 mata kepada 12,521.88, Indeks FBMT100 merosot 61.17 mata kepada 11,722.94 dan FBM 70 turun 4.39 mata kepada 13,274.48.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 3.25 mata kepada 7,271.48, manakala Indeks Kewangan turun 87.11 mata kepada 15,508.56 dan Indeks Perusahaan merosot 7.93 mata kepada 3,175.69.

- BERNAMA

Berita Harian X