Khamis, 14 Mei 2015 | 11:40am

AirAsia tambah laluan KL-Pattaya mulai 16 Julai

SEPANG: AirAsia menambah laluan Kuala Lumpur-Pattaya dalam rangkaian luasnya, bermula 16 Julai 2015, menerusi empat penerbangan seminggu.

"AirAsia menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan terus Pattaya, Thailand ke Kuala Lumpur," kata AirAsia dalam satu kenyataan, hari ini.

Pattaya menjadi destinasi ketujuh AirAsia di Thailand dari Kuala Lumpur selepas Phuket, Bangkok, Chiangmai, Hat Yai, Krabi dan Surat Thani.

Tahun lalu, ia membawa lebih dua juta pelanggan antara Malaysia dan Thailand.

Sempena pengumuman itu, AirAsia menawarkan tambang promosi daripada RM38 sehala, termasuk cukai, dengan tempahan boleh dibuat mulai hari ini hingga 17 Mei, 2015, bagi perjalanan di antara 16 Julai dan 31 Mei 2016. - BERNAMA

Berita Harian X