Jumaat, 9 Januari 2015 | 3:52pm
 Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.58 mata pada akhir sesi dagangan pagi berikutan kegiatan pengambilan untung membabitkan saham wajaran tinggi. - Foto hiasan
Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.58 mata pada akhir sesi dagangan pagi berikutan kegiatan pengambilan untung membabitkan saham wajaran tinggi. - Foto hiasan

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.58 mata pada akhir sesi dagangan pagi berikutan kegiatan pengambilan untung membabitkan saham wajaran tinggi.

Petunjuk utama indeks berlegar antara 1,738.54 dan 1,725.81 sepanjang sesi pagi ini.

Indeks komposit diheret turun oleh Maybank yang susut 16 sen kepada RM8.54 dan KL Kepong yang rugi 54 sen kepada RM22.26, manakala Tenaga susut 10 sen kepada RM14.10.

Prestasi pasaran secara menyeluruh masih positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 332 berbanding 326 manakala 275 kaunter tidak berubah dan 16 digantung. Jumlah dagangan membabitkan 1.05 bilion saham bernilai RM834.46 juta.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas menokok 7.78 mata kepada 11,861.07, Indeks FBMT100 naik 6.92 mata kepada 11,597.02 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 47.12 mata kepada 12,426.70. FBM 70 meningkat 75.40 mata kepada 12,895.59 namun FBM Ace merosot 74.01 mata kepada 5,770.00.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 9.30 mata kepada 3,161.90, namun Indeks Kewangan susut 88.34 mata kepada 15,111.03 manakala Indeks Perusahaan merosot 19.26 mata kepada 7,815.61.

Dutch Lady mengetuai kaunter paling untung dengan menokok 68 sen kepada RM43.38 manakala dalam kalangan saham cergas, Technodex susut tiga sen kepada 15.5 sen, Technodex Warrant (A) jatuh dua sen kepada 6.0 sen, Hubline tidak berubah pada 4.0 sen, IFCA MSC merosot setengah sen kepada 81 sen dan Asia Bioenergy Warrant (A) menokok setengah sen kepada 6.0 sen. - BERNAMA

Berita Harian X