Rabu, 31 Disember 2014 | 6:00pm

Saham KL rendah mengakhiri 2014

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia rendah dalam urus niaga hari terakhir 2014 ekoran sentimen pasaran yang masih dalam situasi berhati-hati terhadap unjuran ekonomi global, kata peniaga.

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 5.58 mata kepada 1,761.25 selepas bergerak antara 1,755.93 dan 1,768.85 di sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan menjejaki prestasi lemah pasaran saham serantau ekoran kebimbangan mengenai masa depan Greece dalam zon Euro serta kejatuhan harga minyak mentah kepada paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun membelenggu pasaran.

Pasaran ditutup esok sempena tahun baharu.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 29.729 mata kepada 12,066.28, Indeks FBMT100 turun 34.41 mata kepada 11,812.49, Indeks FBM Emas Syariah turun 52.72 mata kepada 12,507.03 manakala FBM 70 merosot 26.33 mata kepada 13,065.08.

FBM Ace meningkat 12.47 mata kepada 5,677.03.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 49.11 mata kepada 7,887.23, Indeks Kewangan susut 10.631 mata kepada 15,704.35 manakala Indeks Perusahaan susut 19.02 mata kepada 3,179.1.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 394 berbanding 391, manakala 285 kaunter tidak berubah, 669 tidak diniagakan dan 10 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.35 bilion unit bernilai RM1.61 bilion berbanding 1.63 bilion unit bernilai RM1.61 bilion semalam.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM9.17, TNB susut 16 sen kepada RM13.80, Public Bank turun empat sen kepada RM18.30, Axiata turun dua sen kepada RM7.05 manakala Sime Darby turun 21 sen kepada RM9.19.

Antara saham aktif, Minetech dan Pan Malaysia Corp masing-masing menambah 2.5 sen kepada 12 sen dan 33.5 sen, Malayan United Industries menambah satu sen kepada 30 sen dan Berjaya Corp menokok 1.5 sen kepada 41 sen.

Kronologi Asia susut 2.5 sen kepada 23.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.07 bilion saham bernilai RM1.55 bilion berbanding 1.18 bilion saham bernilai RM1.5 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 179.8 juta saham bernilai RM38.35 juta berbanding 329.28 juta saham bernilai RM77.78 juta sebelumnya.

Waran susut kepada 99.93 juta unit bernilai RM20.26 juta berbanding 116.74 juta unit bernilai RM29.97 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 93.87 juta saham yang diurus niaga di Pasaran Utama, barangan perusahaan (225.89 juta), pembinaan (38.66 juta), perdagangan dan perkhidmatan (491.29 juta), teknologi (22.03 juta), infrastruktur (17.2 juta), SPAC (16.91 juta), kewangan 43.23 juta), hotel (4.03 juta), hartanah (73.01 juta), perladangan (40.13 juta), perlombongan (53,800), REIT (7.19 juta) dan dana tertutup (10,000).

- BERNAMA

Berita Harian X