Isnin, 29 Disember 2014 | 7:00pm

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan mengenai ekonomi global menyebabkan pelabur menjauhkan diri daripada mata wang yang kembali bangkit, termasuk ringgit, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.4960/4980 berbanding dolar daripada 3.4890/4920 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, sebahagian besar pelabur enggan memasuki pasaran dan sebaliknya menunggu keputusan pengundian di Greece sama ada ia perlu mengadakan pilihan raya untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonominya.

Ringgit turut didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen kepada 2.9027/9053 daripada 2.8986/8023 pada Jumaat dan rendah berbanding pound kepada 5.4422/4474 berbanding 5.4264/4325 minggu lepas.

Mata wang tempatan itu juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.6423/6442 berbanding 2.6400/6433 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding euro kepada 4.2581/2613 daripada 4.2538/2578, sebelum ini.

- BERNAMA

Berita Harian X