Jumaat, 26 Disember 2014 | 5:58pm

Ringgit pulih semula berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit pulih semula daripada penyusutan baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh selera risiko semakin meningkat untuk unit tempatan itu.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.4890/4920 berbanding 3.4955/4975 dolar AS pada Rabu.

Pasaran tempatan ditutup semalam sempena cuti Krismas.

Peniaga berkata, kebanyakan pelabur mengurangkan kedudukan dolar mereka menjelang cuti akhir tahun.

Ringgit diniaga keseluruhannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen kepada 2.8986/8023 daripada 2.9016/9044 pada Rabu, naik berbanding pound kepada 5.4264/4325 daripada 5.4345/4393 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.2538/2578 daripada 4.2624/2663 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.6400/6433 daripada 2.6385/6420 pada Rabu. - BERNAMA

Berita Harian X